Thursday, May 31, 2012

study week!

Study week dah weyyy! Ta sangka habes sudah kuliah tahun dua aku kat upm ni..huhuu
Bajet nak suka giler padahal ambik final pun belom kot. Aigoo.. Tapi lantak p lah, study week ni memang hari untuk pulang ke kampung makan banyak sambil guling-guling depan tv. Nampak kan bahagia di situ.
Sebenarnya tak sangka dah habes tahun dua, rasa macam baru je masuk u tup tup dah habes tahun dua? Then next tahun tiga pulak, then tetibe je dah final year! Baru terasa diri ni dah makin berumur, dah besa dah anak abah ni. kehkehkeh. Berbeza macam tahun satu dulu, tahun dua ni hidup aku lebih teratur dan bahagia dan gembira kata nyee.hahah! Kalau many girls kata first year adalah tahun terbaik diorang sori to say not for me. Gua memang tensen dengan life time first year. Sebab tak seronok dengan environment kolej kott.
So apa nak buat time study week ni? Opkos lah study untuk final ye dak, tapi..nantilah aku pikir lepas balek rumah. Yang penting esok pepagi lepas subuh memang angkat kaki siap bawak luggage besaqq balek! Sila jangan jeles untuk orang-orang yang tak dapat balek tuu. kihkih
Ah aku rindu mak, rindu adik, rindu ikan, rindu orang sanaaa. Sila jaga diri baik-baik! ambo rindu kat demo nih! harhar..untuk orang yang tengah otw balek kampung tu, tayah lama sangat cuti cepat sikit balek upm! Aku na tuntut segala janji makan besaqq.hoho
bak kata pepatah melayu, "bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian". Gembira gembira dulu, esok nak final malam baru pulun study habes!haha okay okay kidding je jangan take it seriously.
So, where should i start?  Okay nak kemas bawak balek baju siket siket, nak basuh baju, nak kemas bilik.. Ha okay byee!




p/s : Bunga-bunga cinta.

2 comments: