Thursday, May 31, 2012

study week!

Study week dah weyyy! Ta sangka habes sudah kuliah tahun dua aku kat upm ni..huhuu
Bajet nak suka giler padahal ambik final pun belom kot. Aigoo.. Tapi lantak p lah, study week ni memang hari untuk pulang ke kampung makan banyak sambil guling-guling depan tv. Nampak kan bahagia di situ.
Sebenarnya tak sangka dah habes tahun dua, rasa macam baru je masuk u tup tup dah habes tahun dua? Then next tahun tiga pulak, then tetibe je dah final year! Baru terasa diri ni dah makin berumur, dah besa dah anak abah ni. kehkehkeh. Berbeza macam tahun satu dulu, tahun dua ni hidup aku lebih teratur dan bahagia dan gembira kata nyee.hahah! Kalau many girls kata first year adalah tahun terbaik diorang sori to say not for me. Gua memang tensen dengan life time first year. Sebab tak seronok dengan environment kolej kott.
So apa nak buat time study week ni? Opkos lah study untuk final ye dak, tapi..nantilah aku pikir lepas balek rumah. Yang penting esok pepagi lepas subuh memang angkat kaki siap bawak luggage besaqq balek! Sila jangan jeles untuk orang-orang yang tak dapat balek tuu. kihkih
Ah aku rindu mak, rindu adik, rindu ikan, rindu orang sanaaa. Sila jaga diri baik-baik! ambo rindu kat demo nih! harhar..untuk orang yang tengah otw balek kampung tu, tayah lama sangat cuti cepat sikit balek upm! Aku na tuntut segala janji makan besaqq.hoho
bak kata pepatah melayu, "bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian". Gembira gembira dulu, esok nak final malam baru pulun study habes!haha okay okay kidding je jangan take it seriously.
So, where should i start?  Okay nak kemas bawak balek baju siket siket, nak basuh baju, nak kemas bilik.. Ha okay byee!




p/s : Bunga-bunga cinta.

Sunday, May 27, 2012

Freedom



I claim for freedom in life
Yes the thing i wanted the most in the world is freedom
But
Sometimes i hurt people for that freedom
Because
I have learned so many things in past
I hate to be a servant
I hate people forced me to do something i hate
That was the reason why i am far from them
I want to be independent
To live just in my own way
As long as i am not deviated from the path
I have the right
To choose my way
of
FREEDOM

Tuesday, May 22, 2012

kawan? girlfriend??

Tengahari yang mendamaikan sejuk bak embun di subuh hari. Cewahhh..haha.
kawan? ke girlfriend? Ayat saje nak memeningkan kepala pun. Err..okay aku ada kawan. Yes ramai kawan perempuan yang baik, comel dan penyayang. Aku memang beruntung sebab kawan-kawan aku sayang aku, tapi janganla sampai mengongkong kehidupan kawan tu. Dalam erti kata lain jangan treat kawan awak macam ur girlfriend. Eh aku bukan nak kata aku lesbian ok. Even lelaki pun tak suka kena kongkong kan?
Yelaa sape yang suka kena kongkong ye dak? *Walaupun aku kadang-kadang mengongkong jugak.hehe
Maksudnya aku rimas, lemas, serabut dan tak suka orang kawal hidup aku. Sebagai contoh aku sebagai perempuan ada hak nak keluar dengan mana-mana kawan perempuan. Haa perempuan ok! Then tak perlu nak merajuk bagai sebab aku terlupa dan sengaja tak bagitahu aku keluar dengan kawan lain. Aduhai kawan, setiap orang ada life dan hak privasi masing-masing. Awak tak perlu nak memarah maki hamun siap merajuk seminggu sentap buat muka the incredible HULK sebab aku tak text kau time weekend, tak tanya apa kau makan malam tadi, sihat ke tak skandal-skandal tuu. Seriously i am annoyed! Penat jaga awak sorang kawan daripada jaga sepuluh boyfren! Hahahaha. ok gurau jeee.
Setiap orang ada batas kesabaran. Aku tak kisah orang nak bermanja dengan aku sebab aku pun sama jugak anak manja terlebih.ngehngehngeh..tapi please jangan nak kongkong life orang sangat lah. Awak hormat saya, saya hormat awak ok?
Akhir kata, PEACE NO WAR yaw!!





Friday, May 18, 2012

Another Bored Weekend

Weekend adalah masa yang ditunggu-tunggu for most people. Memang la pun kan, kalau dah dari isnin sampai jumaat kerja/kelas non-stop kan? Tapi cuti hujung minggu kali ni tersangat la bosannyeee. Bangun pagi ONLINE. Then tido bangun lagi ONLINE. I was just busy for doing nothing walaupun kerja memang sentiasa menanti. Tersangat la ngeri, menakutkan bila memikirkan esemen yang ta sentuh hape lagi dengan due date yang makin hampir. Come on fiza, wake up!  errrrrr
Btw, niat di hati memang nak tengok bola esok. Final Piala FA antara my feberet team Kelantan VS Sime Darby. Walaupun aku bukan anak kelantan tapi frankly speak aku suka tengok dyorang maen. Best woo! Yela dari korang beriya sokong EPL apa kata korang sokong bola sepak tempatan,betol ta? Yes memangla dyorang punya team lagi hebat tapi tak salah pun kita sebagai anak malaysia dan anak kelantan-wanna be untuk sokong mereka, kaann? hehe
Well walaupun tak dapat pergi stadium esok tapi aku tetap bersemangat tengok live kat TV. ngehngehngeh..
Yela nak pergi dengan siapa pulak ye dak, dahla awak tu perempuan pergi tempat crowded dengan lelaki. Aku nasihatkan untuk para gadis DO NOT EVER pergi sendirian atau pergi bersama ur GIRLS FRIENDS sahaja sebab bahayaaa. Unless korang bawak bodyguard/boyfriend/boys friends yang korang sure dia boleh protect korang dari semacam bahaya pun sebab sure havoc, riuh, kelam kabut kat stadium esok. Dan aku percaya sekarang ni mesti ramai anak-anak jati kelantan yang otw turun KL sekarang. Semoga selamat perjalanan pergi dan balek lah korang! Tapi malang lah untuk orang jauh yang duduk seberang lautan tak dapat balek tengok bola kan? hahahaha.
Papepun may the best team win! Ada orang tu suruh aku pakai jersey kelantan seharian esok. Err tengokla camne dulu ye! hewhewhew

~~~GOMO KELATE GOMO~~




p/s : Rindu nak tengok bola sama-sama. :)

Wednesday, May 16, 2012

Si Hati

Si Hati

Jangan bermain dengan perasaan

Jangan terlampau menyimpan perasaan

 Kelak banyak hati yang terluka

 Si Hati mudah terusik

Jangan sembarang memberi harapan

Jika niat sekadar teman









Friday, May 11, 2012

SAHABAT

Apa maksud istilah KAWAN bagi anda? 
As for me kawan boleh dicari dimana-mana je. But ask yourself siapa antara kawan anda tu sahabat sejati teman tika susah, teman tika sakit dan teman yang melindungi anda sentiasa dari apa pun. Ada tak? And yes anda bertuah jika mempunyai kawan sebegini. Aku besyukur Allah hadirkan mereka dalam hidup aku. :) Pengalaman banyak mengajar aku apa erti sahabat sebenar. Tapi standard lah kawan kawan selalu bertekak, maen tarik-tarik rambut. Nak mengeratkan kasih sayang katanya. ye dak? Syukur Alhamdulillah selain family mereka lah penguat aku. Yela kan dah duduk jauh dari family ni nak mengadu domba kat siapa lagi. :P

THANKS sebab selalu ada waktu aku susah. Selalu ada waktu aku down sedih meroyan tiap kali hujung bulan. *padahal tiap hari pun macam ni.
THANKS jugak sebab sabar layan karenah aku yang kadang-kadang unpredictible emosi tak memasal. 
Terima kasih untuk orang jauh dan jugak orang dekat. :)